BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 18, 2009

.. terimakasih ...

agak lama dah aku tak update blog aku. bukannya aku tak ada masa cuma aku tak ada crita. crita sebenarnya banyak tapi aku pula tak tau macam mana nak crita .. untuk kali ni aku nak crita pasal aku sendiri , asyik crita pasal orang lain je nanti aku pulak di katakan penyibuk tak pun mengumpat.

Aku nak ucapkan ribuan terimakasih kat kawan kawan aku yang menghargai kewujudan aku. aku pasti ramai antara mereka juga ambil berat tentang aku, Amat amat aku bersyukur kerna ada kawan yang sebegitu. Sesetengah mereka juga perasan perbezaan hidup serta personaliti yang berlaku terhadap diri aku. sedangkan aku tidak tahu pun yang aku mereka kenali berbeza, biarlah kata hati aku . Aku sedar mereka berhak untuk mengetahuinya tapi buat masa biar ja lah aku low profile ja .

Kawan kawan tahu aku baru ja kehilangan ibu. Biar aku cerita sedikit pasal apa yang terjadi , supaya dorang tak tertanya tanya.

pagi tu macam biasa aku turun kerja dari rumah mak. Mak tinggal sorang kat rumah. aku ada training dengan A&A dari KL. Agak lebih kurang pukul 11 pagi aku dapat kol dari abang aku. Biasanya masa aku meeting @ masa aku training , memang aku slalu biar miss kol tapi entah hati aku tergerak untuk menyahutnya. abang beritau yang mak kena langgar keta semasa melintas jalan setelah membeli lauk untuk di makan bersama sebelah petang. Berulang kali dah di pesan kalau nak makan apa apa bagi tau ja .. abang , kakak malah aku boleh tolong belikan. Degil na mak, tu yang buat kami adik beradik geram. Kemudian abang bagitau yang mak dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulance. Bagaimana aku nak nyatakan keadaan aku ketika itu? resah, gelisah, marah, sedih.. semua bercampur baur. aku tergamam.

Aku mengambil masa sedikit sebelum aku ke hospital mungkin untuk menenangkan hati aku sendiri atau aku dah blank , tak tau apa nak buat. Aku ke hospital menumpang keta Abbey. Sampai di hospital, aku nampak kakak aku kat ruang menunggu.muka sedih ja . aku sendiri tak tau muka ku macam mana tapi aku tau jantung ku berdegup dengan pantas, tubuhku terketar ketar. Aku dapat rasakan , benda yang tak elok bakal berlaku. Aku dapat tau yang tulang rusuk ibu ku hancur dan kepalanya mengalami trauma yang kuat. pendarahan dalaman begitu teruk di bahagian rusuk mak. Aku perhati dari luar ja .. berdoa ..

Seketika kemudian datang seorang apek bersama dua wanita, seorang dalam lingkungan umur 30 an dan seorang lagi masih muda. Abang memberitahu aku bahawa wanita 30 an itulah yang melanggar emak ku.
Cerita dia .. " saya tengok u punya mak diri kat tengah jalan ( jln kuching./serian dua lane. dia diri di garisan putih). Saya hon hon tapi dia masih saja tunduk dan jalan kehadapan. saya bawa tidak laju, 60km saja. Lepas itu saya terus ke balai polis untuk membuat laporan, Saya tidak berani berhenti sebab saya takut di pukul orang ramai. "
Aku dengar ja.. tak mampu berkata apa apa. Mungkin kalau waktu sekarang ,pasti aku mengamuk. Pemandu tak betul!!! tapi aku redha, aku kehilangan mak aku semasa aku tinggal bersama nya . Hasratnya menyuruh aku kembali telah aku laksanakan . Aku bersyukur.

Buat kawan kawan yang ada hadir ke rumah. memberi kata kata semangat . Yang menyumbang sedikit sebanyak dari saku untuk membantu aku serta adik beradik. Aku berterimakasih dari lubuk hati ku . Ikhlas.

jeffrey
desmond
victor
raymond
liza
sing hui
angie
siaw ling
ping ching
alvin
adalia
abbey
amin
nick
yandy
anthony
biddy
kakak nyepik
jenn
abet
david
charlie
melvin
a jay
a wie
a yung
ady
ricky
rianto
reynold

.. bagi nama yang aku terlupa , anda tahu siapa anda dan makna persahabatan anda bersama aku ..
sekali lagi ... TERIMKASIH!!!!



O God, who hast commanded us to honor our father and our mother; in Thy mercy have pity on the soul of my mother, and forgive her her trespasses; and make me to see her again in the joy of everlasting brightness. Through Christ our Lord. Amen.

REST IN PEACE , MUM .. 10.07.1944 - 03.07.2009

0 comments: