.. biddy dan amin pergi sibu travelling.. david pula kena settlekan Nestle .. Melvin .. buat untuk artifresh .. ricky .. dua minggu dah kat serian ..
semua orang sibuk minggu ni .. aku pun sibuk .. sibuk badan! minggu ni rasa macam sibuk betul .. sibuk sibuk sibuk ..
Liza baru ja balik dari KL .. ada juga dia bawa balik kuih dari sana .. sebenarnya .. aku harapkan dia belikan aku handphone baru kah .. maklum hp aku rosak dah ..
aku cuti ari friday pasal ada kenduri kat rumah .. ari sabtu pun cuti tapi .. kena settlekan kerja .. turun jugak ..
yandy .. cuti jugak .. nick ari sabtu .. kol aku sampai 8 kali .. boring boring katanya ..
Sing hui pula pila tiba tiba ari tu dia sakit perut .. kesian .. dah lah bunting .. ping ching yang bawa dia pergi klinik .. ok . tak ada yang serius ..
pa lagi yang aku nak merapu pasal ofis .. oo ..
tak pe lah .. lain kali pun boleh sambung ...
Sunday, August 16, 2009
.. kisah opis ..
Posted by crimson's at 10:55 AM 0 comments
.. aku di opis ..
.. aku balik opis satu tegahari .. hari rabu .. masuk ja aku opis .. liza , sing hui , angie .. semua terkejut bila nampak aku .. aku hanya senyum .. ping ching pin sama .. nampak ja aku .. dia terus ketawa terbahak bahak .. aku tak kisah .. aku masih senyum dan sempat buat lawak ..
aku terus masuk pantry .. minum air sikit .. bila aku kluar aku nampak abbey .. syok dia layan pc .. tak sedar pun dia aku rapat .. bila aku dah aku hampir kat dia .. aku panggil nama nama dia .. terkejut siol aku .. ingatkan apahal .. tetiba ja dia menjerit .. kuat lagi tu .. pas tu dai nampak aku .. jeritan tadi terus jadi ketawa terbahak bahak ..
pas 2 .. boss aku, jeffri pulak tegur aku .. " sejak bila ada sami kat office kita," katanya sambil tersenyum .
Desmond pulak .. " ahh .. macam ni baru cantik!"
aku selamba ja .. duduk .. senyum .. gosok gosok kepala aku yang dah LICIN!! baru balik dari salon .. cukur habis ...
Posted by crimson's at 10:49 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
the usual love story.. c.1/7 .. the remembrance ...
As i entered, I see her sitiing at her usual place, far away at the corner of the coffe shop. She is reading a newspaper, a cup and a saucer on the table, a Nokia N95 and her purse next to the plate of kueh tiaw goreng. She in her white low cut sleeveless white blouse and her black skirt . Her hair was thick and black as the ebony at shoulder length. Her light brown hazel shape eyes fix to the paper she was reading, in her own world does not move even with the sound of chairs moving. Her lips is red as red as the red rose blooming happy to see the morning sun. Her skin is fair with a little reddish on the cheeks. Once in a while she raise her hands up to her forehead moving away the hair. Her Kueh tiaw still there waiting top be touch.I remember then and it was a few months ago.
Now the sit is empty, there is no more she that I admire so much. Empty and seems like anyone who entered the coffee shop was waiting for her to come and sit at her seat., the seat is meant for her and no one dares to thought otherwise.
For me, i come here with hope. Hope to see her again. Hope to give her what i have promised. Hope to be part of her life as she is to my life. I missed her so much, she has become part of me since the day i saw her there and it was in February......
Posted by crimson's at 4:33 PM 0 comments
.. apa yang terjadi ..
Siaw Ling dah lahirkan anak .. cuti panjang lah dia .. 2 bulan oo duduk kat rumah . Yang jadi mangsa .. ping ching lah . Dulu ping ching punya muka .. sentiasa senyum ..
sekarang .. nak dengar suara dia pun dah susah .. busy memanjang ..
mana tak ye .. dua kerja untuk satu orang. nasib ping ching, kalau aku .. komfirm dah resign.
cakap pasal resign .. sorang gik dari geng kami dah resign .. Reynold dah resign last month. Selepas Albert.. makin kurang geng kami tapi kami tetap kami .. sentiasa ada yang lain di anatara kami .
hidup berbeza tanpa mereka tapi kami terus survive.. yang patah tumbuh . yang hilang berganti ..
camtu juga geng kami .. 2 orang budak baru join.. boni and tom...
banyak yang terjadi di sarang kami .. macam macam terjadi ...
tapi semuanya pengalaman buat kami .. yang buruk jadikan sempadan .. yang baik jadikan teladan ..
bersatu kita teguh!!!!
Posted by crimson's at 2:53 PM 0 comments
Monday, July 27, 2009
kuala lumpur..
gambar ni bukan aku yang ambik .. gambar oleh Bremas .. dr RP photography .. saja nak tunjuk kat korang.
minggu lepas aku ngan amin pergi KL . seminar Geovision oleh gamma solution. kami berangkat dari kuching pukul 12.45 petang sampai kl kul 2.25. kenny datang ambik kat airport. lepas tu kenny balik, keta tinggal kat aku ngan amin. driving tak jadi masalah tapi nak cari tempat tu yang problem. first night kita stay kat apparment, kul 2 pagi baru tido. amin bawa round round sampai sungai besi , round 5 kali. GPS ada, tapi alasan amin, simpang slalu ja lepas. biarlah , dia yang driving, aku tak kisah.janji sampai selamat balik.
ari kedua pergi attend seminar. pagi makan roti canai kedai mamak. rugilah pasal kat hotel ada sedia breakfast. dengar org cakap pas tu , tea break. aku ngn amin makan macam esok tiada lagi. kenyang siol...
masuk balik, dengar lagi .. sampai tengah hari .. makan lagi .. banyak nya makanan.. kalau aku sebut satu satu .. 3 muka pun tak habis.. cukuplah aku katakan, sedap sedap dan menarik belaka hidangannya. pusing meja buffet sampai 5-6 kali tapi lastnya aku ambik salad ja. bukan diet pun hal tapi tadi masa tea break hentam macam orang kebuluran. dah menyesal tak dapat nak makan steak. amin pun sama, buah ja di makan dia. konon perut sakit katanya.
balik appartment kol 5.30, santai kat swimming pool. kluar lagi kol 9 pm. amin bawa aku sampai Port Klang. cakap setengah jam tapi 1 jam drivingpun tak sampai sampai jugak. tido kol 3.00 pm. hebat oo .. banyak tempat round tapi tanah kl tak pijak habis pun. ronda duduk lam keta ja..
hari tiga, aku disuruh attend meeting kat RHB kepung. Bukan tau apa pun pasal projek tu.. tapi aku buat buat pandai ja lah dalam meeting. orang tanya aku jawap, orang cakap aku diam. sempat singgah kat office ET kat USJ, makan nasi kandar.. imagine, sekor sotong.. rm 10 . bolehkah?
aku balik kuching samapi kul 8.30 mlm. yandy ambik aku kat airport. enjoykah? letihlah .. tapi at least aku ada experience yang boleh aku kongsi ngan korang.
k, lain kali aku crita lagi...
Posted by crimson's at 1:34 PM 0 comments
Monday, July 20, 2009
Posted by crimson's at 11:08 AM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
.. terimakasih ...
agak lama dah aku tak update blog aku. bukannya aku tak ada masa cuma aku tak ada crita. crita sebenarnya banyak tapi aku pula tak tau macam mana nak crita .. untuk kali ni aku nak crita pasal aku sendiri , asyik crita pasal orang lain je nanti aku pulak di katakan penyibuk tak pun mengumpat.
Aku nak ucapkan ribuan terimakasih kat kawan kawan aku yang menghargai kewujudan aku. aku pasti ramai antara mereka juga ambil berat tentang aku, Amat amat aku bersyukur kerna ada kawan yang sebegitu. Sesetengah mereka juga perasan perbezaan hidup serta personaliti yang berlaku terhadap diri aku. sedangkan aku tidak tahu pun yang aku mereka kenali berbeza, biarlah kata hati aku . Aku sedar mereka berhak untuk mengetahuinya tapi buat masa biar ja lah aku low profile ja .
Kawan kawan tahu aku baru ja kehilangan ibu. Biar aku cerita sedikit pasal apa yang terjadi , supaya dorang tak tertanya tanya.
pagi tu macam biasa aku turun kerja dari rumah mak. Mak tinggal sorang kat rumah. aku ada training dengan A&A dari KL. Agak lebih kurang pukul 11 pagi aku dapat kol dari abang aku. Biasanya masa aku meeting @ masa aku training , memang aku slalu biar miss kol tapi entah hati aku tergerak untuk menyahutnya. abang beritau yang mak kena langgar keta semasa melintas jalan setelah membeli lauk untuk di makan bersama sebelah petang. Berulang kali dah di pesan kalau nak makan apa apa bagi tau ja .. abang , kakak malah aku boleh tolong belikan. Degil na mak, tu yang buat kami adik beradik geram. Kemudian abang bagitau yang mak dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulance. Bagaimana aku nak nyatakan keadaan aku ketika itu? resah, gelisah, marah, sedih.. semua bercampur baur. aku tergamam.
Aku mengambil masa sedikit sebelum aku ke hospital mungkin untuk menenangkan hati aku sendiri atau aku dah blank , tak tau apa nak buat. Aku ke hospital menumpang keta Abbey. Sampai di hospital, aku nampak kakak aku kat ruang menunggu.muka sedih ja . aku sendiri tak tau muka ku macam mana tapi aku tau jantung ku berdegup dengan pantas, tubuhku terketar ketar. Aku dapat rasakan , benda yang tak elok bakal berlaku. Aku dapat tau yang tulang rusuk ibu ku hancur dan kepalanya mengalami trauma yang kuat. pendarahan dalaman begitu teruk di bahagian rusuk mak. Aku perhati dari luar ja .. berdoa ..
Seketika kemudian datang seorang apek bersama dua wanita, seorang dalam lingkungan umur 30 an dan seorang lagi masih muda. Abang memberitahu aku bahawa wanita 30 an itulah yang melanggar emak ku.
Cerita dia .. " saya tengok u punya mak diri kat tengah jalan ( jln kuching./serian dua lane. dia diri di garisan putih). Saya hon hon tapi dia masih saja tunduk dan jalan kehadapan. saya bawa tidak laju, 60km saja. Lepas itu saya terus ke balai polis untuk membuat laporan, Saya tidak berani berhenti sebab saya takut di pukul orang ramai. "
Aku dengar ja.. tak mampu berkata apa apa. Mungkin kalau waktu sekarang ,pasti aku mengamuk. Pemandu tak betul!!! tapi aku redha, aku kehilangan mak aku semasa aku tinggal bersama nya . Hasratnya menyuruh aku kembali telah aku laksanakan . Aku bersyukur.
Buat kawan kawan yang ada hadir ke rumah. memberi kata kata semangat . Yang menyumbang sedikit sebanyak dari saku untuk membantu aku serta adik beradik. Aku berterimakasih dari lubuk hati ku . Ikhlas.
jeffrey
desmond
victor
raymond
liza
sing hui
angie
siaw ling
ping ching
alvin
adalia
abbey
amin
nick
yandy
anthony
biddy
kakak nyepik
jenn
abet
david
charlie
melvin
a jay
a wie
a yung
ady
ricky
rianto
reynold
.. bagi nama yang aku terlupa , anda tahu siapa anda dan makna persahabatan anda bersama aku ..
sekali lagi ... TERIMKASIH!!!!
O God, who hast commanded us to honor our father and our mother; in Thy mercy have pity on the soul of my mother, and forgive her her trespasses; and make me to see her again in the joy of everlasting brightness. Through Christ our Lord. Amen.
REST IN PEACE , MUM .. 10.07.1944 - 03.07.2009
Posted by crimson's at 11:28 AM 0 comments


