.. biddy dan amin pergi sibu travelling.. david pula kena settlekan Nestle .. Melvin .. buat untuk artifresh .. ricky .. dua minggu dah kat serian ..
semua orang sibuk minggu ni .. aku pun sibuk .. sibuk badan! minggu ni rasa macam sibuk betul .. sibuk sibuk sibuk ..
Liza baru ja balik dari KL .. ada juga dia bawa balik kuih dari sana .. sebenarnya .. aku harapkan dia belikan aku handphone baru kah .. maklum hp aku rosak dah ..
aku cuti ari friday pasal ada kenduri kat rumah .. ari sabtu pun cuti tapi .. kena settlekan kerja .. turun jugak ..
yandy .. cuti jugak .. nick ari sabtu .. kol aku sampai 8 kali .. boring boring katanya ..
Sing hui pula pila tiba tiba ari tu dia sakit perut .. kesian .. dah lah bunting .. ping ching yang bawa dia pergi klinik .. ok . tak ada yang serius ..
pa lagi yang aku nak merapu pasal ofis .. oo ..
tak pe lah .. lain kali pun boleh sambung ...
Sunday, August 16, 2009
.. kisah opis ..
Posted by crimson's at 10:55 AM 0 comments
.. aku di opis ..
.. aku balik opis satu tegahari .. hari rabu .. masuk ja aku opis .. liza , sing hui , angie .. semua terkejut bila nampak aku .. aku hanya senyum .. ping ching pin sama .. nampak ja aku .. dia terus ketawa terbahak bahak .. aku tak kisah .. aku masih senyum dan sempat buat lawak ..
aku terus masuk pantry .. minum air sikit .. bila aku kluar aku nampak abbey .. syok dia layan pc .. tak sedar pun dia aku rapat .. bila aku dah aku hampir kat dia .. aku panggil nama nama dia .. terkejut siol aku .. ingatkan apahal .. tetiba ja dia menjerit .. kuat lagi tu .. pas tu dai nampak aku .. jeritan tadi terus jadi ketawa terbahak bahak ..
pas 2 .. boss aku, jeffri pulak tegur aku .. " sejak bila ada sami kat office kita," katanya sambil tersenyum .
Desmond pulak .. " ahh .. macam ni baru cantik!"
aku selamba ja .. duduk .. senyum .. gosok gosok kepala aku yang dah LICIN!! baru balik dari salon .. cukur habis ...
Posted by crimson's at 10:49 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
the usual love story.. c.1/7 .. the remembrance ...
As i entered, I see her sitiing at her usual place, far away at the corner of the coffe shop. She is reading a newspaper, a cup and a saucer on the table, a Nokia N95 and her purse next to the plate of kueh tiaw goreng. She in her white low cut sleeveless white blouse and her black skirt . Her hair was thick and black as the ebony at shoulder length. Her light brown hazel shape eyes fix to the paper she was reading, in her own world does not move even with the sound of chairs moving. Her lips is red as red as the red rose blooming happy to see the morning sun. Her skin is fair with a little reddish on the cheeks. Once in a while she raise her hands up to her forehead moving away the hair. Her Kueh tiaw still there waiting top be touch.I remember then and it was a few months ago.
Now the sit is empty, there is no more she that I admire so much. Empty and seems like anyone who entered the coffee shop was waiting for her to come and sit at her seat., the seat is meant for her and no one dares to thought otherwise.
For me, i come here with hope. Hope to see her again. Hope to give her what i have promised. Hope to be part of her life as she is to my life. I missed her so much, she has become part of me since the day i saw her there and it was in February......
Posted by crimson's at 4:33 PM 0 comments
.. apa yang terjadi ..
Siaw Ling dah lahirkan anak .. cuti panjang lah dia .. 2 bulan oo duduk kat rumah . Yang jadi mangsa .. ping ching lah . Dulu ping ching punya muka .. sentiasa senyum ..
sekarang .. nak dengar suara dia pun dah susah .. busy memanjang ..
mana tak ye .. dua kerja untuk satu orang. nasib ping ching, kalau aku .. komfirm dah resign.
cakap pasal resign .. sorang gik dari geng kami dah resign .. Reynold dah resign last month. Selepas Albert.. makin kurang geng kami tapi kami tetap kami .. sentiasa ada yang lain di anatara kami .
hidup berbeza tanpa mereka tapi kami terus survive.. yang patah tumbuh . yang hilang berganti ..
camtu juga geng kami .. 2 orang budak baru join.. boni and tom...
banyak yang terjadi di sarang kami .. macam macam terjadi ...
tapi semuanya pengalaman buat kami .. yang buruk jadikan sempadan .. yang baik jadikan teladan ..
bersatu kita teguh!!!!
Posted by crimson's at 2:53 PM 0 comments
Monday, July 27, 2009
kuala lumpur..
gambar ni bukan aku yang ambik .. gambar oleh Bremas .. dr RP photography .. saja nak tunjuk kat korang.
minggu lepas aku ngan amin pergi KL . seminar Geovision oleh gamma solution. kami berangkat dari kuching pukul 12.45 petang sampai kl kul 2.25. kenny datang ambik kat airport. lepas tu kenny balik, keta tinggal kat aku ngan amin. driving tak jadi masalah tapi nak cari tempat tu yang problem. first night kita stay kat apparment, kul 2 pagi baru tido. amin bawa round round sampai sungai besi , round 5 kali. GPS ada, tapi alasan amin, simpang slalu ja lepas. biarlah , dia yang driving, aku tak kisah.janji sampai selamat balik.
ari kedua pergi attend seminar. pagi makan roti canai kedai mamak. rugilah pasal kat hotel ada sedia breakfast. dengar org cakap pas tu , tea break. aku ngn amin makan macam esok tiada lagi. kenyang siol...
masuk balik, dengar lagi .. sampai tengah hari .. makan lagi .. banyak nya makanan.. kalau aku sebut satu satu .. 3 muka pun tak habis.. cukuplah aku katakan, sedap sedap dan menarik belaka hidangannya. pusing meja buffet sampai 5-6 kali tapi lastnya aku ambik salad ja. bukan diet pun hal tapi tadi masa tea break hentam macam orang kebuluran. dah menyesal tak dapat nak makan steak. amin pun sama, buah ja di makan dia. konon perut sakit katanya.
balik appartment kol 5.30, santai kat swimming pool. kluar lagi kol 9 pm. amin bawa aku sampai Port Klang. cakap setengah jam tapi 1 jam drivingpun tak sampai sampai jugak. tido kol 3.00 pm. hebat oo .. banyak tempat round tapi tanah kl tak pijak habis pun. ronda duduk lam keta ja..
hari tiga, aku disuruh attend meeting kat RHB kepung. Bukan tau apa pun pasal projek tu.. tapi aku buat buat pandai ja lah dalam meeting. orang tanya aku jawap, orang cakap aku diam. sempat singgah kat office ET kat USJ, makan nasi kandar.. imagine, sekor sotong.. rm 10 . bolehkah?
aku balik kuching samapi kul 8.30 mlm. yandy ambik aku kat airport. enjoykah? letihlah .. tapi at least aku ada experience yang boleh aku kongsi ngan korang.
k, lain kali aku crita lagi...
Posted by crimson's at 1:34 PM 0 comments
Monday, July 20, 2009
Posted by crimson's at 11:08 AM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
.. terimakasih ...
agak lama dah aku tak update blog aku. bukannya aku tak ada masa cuma aku tak ada crita. crita sebenarnya banyak tapi aku pula tak tau macam mana nak crita .. untuk kali ni aku nak crita pasal aku sendiri , asyik crita pasal orang lain je nanti aku pulak di katakan penyibuk tak pun mengumpat.
Aku nak ucapkan ribuan terimakasih kat kawan kawan aku yang menghargai kewujudan aku. aku pasti ramai antara mereka juga ambil berat tentang aku, Amat amat aku bersyukur kerna ada kawan yang sebegitu. Sesetengah mereka juga perasan perbezaan hidup serta personaliti yang berlaku terhadap diri aku. sedangkan aku tidak tahu pun yang aku mereka kenali berbeza, biarlah kata hati aku . Aku sedar mereka berhak untuk mengetahuinya tapi buat masa biar ja lah aku low profile ja .
Kawan kawan tahu aku baru ja kehilangan ibu. Biar aku cerita sedikit pasal apa yang terjadi , supaya dorang tak tertanya tanya.
pagi tu macam biasa aku turun kerja dari rumah mak. Mak tinggal sorang kat rumah. aku ada training dengan A&A dari KL. Agak lebih kurang pukul 11 pagi aku dapat kol dari abang aku. Biasanya masa aku meeting @ masa aku training , memang aku slalu biar miss kol tapi entah hati aku tergerak untuk menyahutnya. abang beritau yang mak kena langgar keta semasa melintas jalan setelah membeli lauk untuk di makan bersama sebelah petang. Berulang kali dah di pesan kalau nak makan apa apa bagi tau ja .. abang , kakak malah aku boleh tolong belikan. Degil na mak, tu yang buat kami adik beradik geram. Kemudian abang bagitau yang mak dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulance. Bagaimana aku nak nyatakan keadaan aku ketika itu? resah, gelisah, marah, sedih.. semua bercampur baur. aku tergamam.
Aku mengambil masa sedikit sebelum aku ke hospital mungkin untuk menenangkan hati aku sendiri atau aku dah blank , tak tau apa nak buat. Aku ke hospital menumpang keta Abbey. Sampai di hospital, aku nampak kakak aku kat ruang menunggu.muka sedih ja . aku sendiri tak tau muka ku macam mana tapi aku tau jantung ku berdegup dengan pantas, tubuhku terketar ketar. Aku dapat rasakan , benda yang tak elok bakal berlaku. Aku dapat tau yang tulang rusuk ibu ku hancur dan kepalanya mengalami trauma yang kuat. pendarahan dalaman begitu teruk di bahagian rusuk mak. Aku perhati dari luar ja .. berdoa ..
Seketika kemudian datang seorang apek bersama dua wanita, seorang dalam lingkungan umur 30 an dan seorang lagi masih muda. Abang memberitahu aku bahawa wanita 30 an itulah yang melanggar emak ku.
Cerita dia .. " saya tengok u punya mak diri kat tengah jalan ( jln kuching./serian dua lane. dia diri di garisan putih). Saya hon hon tapi dia masih saja tunduk dan jalan kehadapan. saya bawa tidak laju, 60km saja. Lepas itu saya terus ke balai polis untuk membuat laporan, Saya tidak berani berhenti sebab saya takut di pukul orang ramai. "
Aku dengar ja.. tak mampu berkata apa apa. Mungkin kalau waktu sekarang ,pasti aku mengamuk. Pemandu tak betul!!! tapi aku redha, aku kehilangan mak aku semasa aku tinggal bersama nya . Hasratnya menyuruh aku kembali telah aku laksanakan . Aku bersyukur.
Buat kawan kawan yang ada hadir ke rumah. memberi kata kata semangat . Yang menyumbang sedikit sebanyak dari saku untuk membantu aku serta adik beradik. Aku berterimakasih dari lubuk hati ku . Ikhlas.
jeffrey
desmond
victor
raymond
liza
sing hui
angie
siaw ling
ping ching
alvin
adalia
abbey
amin
nick
yandy
anthony
biddy
kakak nyepik
jenn
abet
david
charlie
melvin
a jay
a wie
a yung
ady
ricky
rianto
reynold
.. bagi nama yang aku terlupa , anda tahu siapa anda dan makna persahabatan anda bersama aku ..
sekali lagi ... TERIMKASIH!!!!
O God, who hast commanded us to honor our father and our mother; in Thy mercy have pity on the soul of my mother, and forgive her her trespasses; and make me to see her again in the joy of everlasting brightness. Through Christ our Lord. Amen.
REST IN PEACE , MUM .. 10.07.1944 - 03.07.2009
Posted by crimson's at 11:28 AM 0 comments
Saturday, June 27, 2009
.. telur merah ..
pagi tadi kami seopis dapat telur rebus kaler merah gik, sorang sebiji. Ingat cukupkah? Jenn yang bagi pasal ari ni dah menyambut genap anaknya setahun. Ada juga dia bagi jemputan kat aku tapi aku tak dapat nak datang sebab aku ada urusan lain.
sebelum ni jenn dah rancang awal lagi sambut birthday anak dia tapi tetiba anak dia kena demamlah pulak.
Tapi apa apa pun jenn, semoga anak kau dipanjangkan umur, di murahkan rezeki ..
Posted by crimson's at 10:21 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
.. Selamat Pengantin Baru ..

.. mungkin dah terlambat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Reynold yang baru ja melangsungkan perkahwinan pada 13 Jun yang lepas .
Waktu pagi .. reynold telah melafazkan "I do " .. dengan satu nafas ja .. masa dia sibuk tu .. berkali kali juga dia call aku .. remind aku untuk datang ke jamuan makan perkahwinannya yang di adakan pada sebalah malam di Hunco Restaurant.
Janji nak sampai pukul 6.30 petang .. masalah pulak dengan charlie .. 6.30 petang baru ja bangun tidur .. dah settle charlie .. Jerome pulak yang lambat .. tungggu jerome mandi .. mervin dah siap dah , masalah girl fren dia pulak ambik masa nak makeup ..
last last sampai kat tempat tu pukul 8.30 malam .. makanan dah di serve dah ..
tapi okaylah .. function nak kata hebat tu tak lah .. tapi bagi aku , cukup meriah ..
rasanya geng geng yang pergi seperti abey, ad, alvin, yandy, albert, biddy, charlie, jerome, mervin dan jemputan lain semuanya puas ati .. makan cukup, minum cukup .. menari pun puas!!
Reynold .. jaga bini bini baik baik ... peace bro!
Posted by crimson's at 3:12 PM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
... sick leave ...

.. heran .. ada juga doktor macam ni ..
kalau sakit , tak di berinya sick leave ... apa korang fikir? terjadi kat kawan kita sorang ni ... kawan sakit .. teruk lah juga ... pergi jumpa panel doktor ...
dah sakit , haraplah dapat rehat kat rumah dulu , alih alih doktor pulak tak nak bagi MC .. pa crita?
.. kawan terpaksalah ambik emergency leave .. tak larat nak turun kerja. Baik rehat rehat kan jasmani dan minda kat rumah .. lagipun , kalau turun kerja dgn mood yang tak baik nanti , ada pulak orang lain yang jadi mangsa .. kesian ah ngan kawan kita tu , kalau aku doktor , seminggu MC aku bagi , apakan daya, doktor haiwan pun aku tak layak...
.. kalau yang lain ada sakit, pergilah jumpa doktor ... kalau doktor tak nak bagi MC, call Raymond ... complain kat dia . Tak pun, call aku .. tapi aku hanya dapat mendengar rintihan hati andalah, nak approvekan leave , aku tak kuasa ...
.. pa pa pun, mencegah lebih baik dari mengubat.. so amalkan hidup sihat .. kawal makan minum, rajin rajinlah bersenam .. semalam sekali dua pun kira ok ...
Posted by crimson's at 1:32 PM 0 comments
Tuesday, June 9, 2009
kuching waterfront ..
Ari ya aku perlu pergi ke Waterfront, cari horn bollard... benda ni di sebenarnya untuk client dari kuala terengganu... yang ku heran kat sana tak de kah benda ni , kena tanya org sarawak pulak .. bukannya dekat kalau nak hantar , pasti kos pun tinggi .. tapi aku buat je apa yang patut.
So ari tu .. lepas makan aku , ad ngan raymond pergi carpenter street hantar quote .. kemudian baru kita orang jalan jalan kat waterfront .. lama dah aku tak pergi sana .. rasanya dah 2-3 tahun tu .. sambil buat kerja kita orang ronda abis lah area tu .. nasib ari tak terlalu panas .. seronok juga jalan jalan kat situ .. udara segar .. angin tiup pelan pelan ... buat badan rasa nyaman ja ..
sempat pulak kami orang naik sampan.. orang sarawak panggil 'penambang' ..
.. pergi seberang lepas tu balik .. sorang bayar RM 1.00 .. kalau one way, 5 posen ja ..
kalau dapat naik sunset cruise ni lebih seronok mungkin ... harga seorang dewasa RM 60.00.. kanak kanak .. RM 30.00 .. tiket ada di jual di pengkalan ...
Posted by crimson's at 4:47 PM 0 comments
selepas gawai
Minggu lepas sememangnya cuti yang amat panjang bagi kebanyakan kami . Aku sendiri rasa puas bercuti , walau pun setakat relax kat rumah .
Ramai antara kami yang berkesempatan menyambut gawai selama seminggu . Aku ingat lagi ,masa aku turun hari Jumaat Minggu lepas, 5 hb Jun, Sepatutnya , yang lain pun ada turun kerja juga masa tu tapi bayang dorang pun tak nampak. Maklum , gawai , aku pasti sesetengah mereka masih merasa bahang keramaian pesta gawai di kampong atau senang cakap 'palau'.
Pagi aku datang, terasa kurang meriah office, mungkin aku masih dalam mood cuti , mungkin juga aku rasa iri hati dengan yang lain yang masih bercuti , atau mungkin cuma rasa geram yang boss awal pagi dah tegur aku pasal projek RTM tu . Apa apa pun yang aku tau … pagi tu aku kurang ada mood . ada juga terfikir nak balik awal masa tu …. Tapi tak pa .. esok ada cuti lagi … aku kena settlekan RTM dulu ..
Isnin, aku lambat sampai ke opis… david, lebai, mo, ricky, Charlie .. dan lain lain , semuanya datang untuk bekerja … banyak juga kerja yang perlu di buat … biasalah Monday .. dah lah tu , weekly meeting pulak untuk marketing … leceh!
Dalam meeting, boss banyak crita .. kalau setakat crita ja , aku mungkin dapat trima .. dari pukul 9.30 pagi sampai tengahari .. ni, siap hentak meja gi .. suara pun tinggi .. ada pulak half time dia … mana tak aku rasa malas ja nak stay lama .. Isshhh .. banyaklah crita dia hari ni … tak perlu aku huraikan satu persatu apa yang disebut dalam meeting tu .. yang pasti mood dia ari tu memang tak bagus .. lepas geram lah tu …
Satu yang jadi lawak liza ari tu .. lepas kena berus ja , Alvin terus dapat sale .. kalau boss berus tiap tiap ari pasti Alvin dapat sales ari ari ..
Tetiba ja aku teringat “ Avatea Clemson, sitok “. Ha ha ha .. hanya orang orang yang berkenaan ja yang faham …
Posted by crimson's at 8:48 AM 0 comments
Labels: general
Saturday, May 23, 2009
.. jangan kau ucap selamat tinggal ...

... lepas sorang , sorang .. yang pergi .. sekarang sorang lagi dah nak pergi tempat lain ... dalam tempoh dua bulan .. masuk si deanna ni dah 3 orang yang tinggalkan tempat ni ..
Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku...
..engkau tiba .. bagaikan pelangi .. tak bercahaya namun kau berseri ...
pa pa na, jika kau seorang pelukis jangan kau lupa warnai dunia dengan warna putih, ok? ..
tak usah diucapkan selamat tinggal na, sebab aku pasti kita akan bertemu jua .. tak esok mungkin lusa tak lusa mungkin minggu depan .. tak pun, bila bila sebab dunia ni kecil ...
.. tekan 'enter' ja ....
Posted by crimson's at 2:42 PM 0 comments
.. selamat hari gawai ...

aku nak ucapkan selamat ari gawai kepada .. abbey, ad, jenn, beth, angie,yandy, ricky, rianto, david, lebai, charlie, adoi, one, biddy, reynold ... ah yung
selamat bercuti kepada siaw ling, ping ching, sing hui, ah jay, ah wie, ady, nick, amin, deana, liez ... rasa ku tiada lagi yang tertinggal .. kalau ada , sori ek ..
aku balik kampung gawi ni .. so tak da open house .. jangan sibuk sibuk nak datang .. mungkin seminggu kemudian baru aku ada buat party kot ..masa tu korang datanglah ye .. datang lah ...
Posted by crimson's at 2:17 PM 0 comments
.. happy birthday, david ...
... tanggal 20 hrbln May yang lepas, opis ada beli kek untuk david sempena birthday dia . kek 1/2 kilo kongsi 30 orang , amacam? cukupkah .. actually lebih dari cukup pasal tak semua yang ada kat situ ..
macam biasa ... kul 5.15 pm di show room , upacara meniup candle serta memotong kek dijalankan , Kehadiran agak sesak di satu sudut .. bernyanyilah lagu rasmi
"happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to david... happy birthday to you " ..
.. si david kelihatan malau malu .. dengan mengontrolkan machonya meniupkan candle yang berapi .. kek kemudian di bahagikan .. rakus!!
tak cukup ngan makan...si david main baling baling kek...fuh.. muka pun habis ...kena makeup pakai kek...nasib aku tak kena....lebai, lebai....bila la kau nak bertaubat menggenakan orang...
ada lagi part 2 .. kat blakang opis lepas kerja .. sambung celebration ...
. hebat! ada kira botol ya .. parti kecil kecilan tapi penuh makna ..
aku dengar ada sambung lagi part 3 ... oo... nak tau cerita lanjut tanya david sebab aku tak ada kat situ masa tu ...
Posted by crimson's at 9:58 AM 0 comments
Thursday, May 21, 2009
.. satu petang ...
... " menarilah dan terus tertawa , walau dunia tak seindah syurga " ..
... " bersyukurlah pada yang kuasa, cinta kita di dunia selamanya " ..
.. waktu petang setelah penat bekerja .. kerenah geng geng kami yang jadi kebiasaannya berkumpul dulu sebelum pulang ..
<
.. khusyuk kawan aku sorang ni layan tagged.com .. tak peduli kiri kanan .. tak kisah pun kawan kawan lain main timang bola .. layan ja lah ko Lebai .. ko bahagia aku pun tumpang gembira ..
4 sekawan main timang bola ..
.. bola getah jumpa tepi longkang ..
4 sekawan timang bola guna kepala ..
.. terlompat lompat terkangkang kangkang .. 
lebai .. relax ja .. comtrol macho .. tepi dinding ... tunggu RM 30 kot?
.. wuih .. awek cun datang .. take 5 terus dorang .. tarik nafas .. angkat dada.. tahan ... fuhh .. semput ..
akhirnya .. setelah masing masing menunjukkan skill yang tak seberapa .. lipatan maut dari david membawa terus bola ke longkang ..
.. bola yang juga tak seberapa valuenya itu .. terapung meninggalkan kisah yang tak seberapa makna ini ..
Posted by crimson's at 8:07 AM 0 comments
Labels: general
Tuesday, May 19, 2009
.. trnsfer ..
Secara rasminya, tanggal 18 hb May 2009, Yandy telah di pindahkan ke bahagian IT dan Khidnat Pelanggan ... seronoklah dia .. tak kena berus dah setiap hari Isnin .. bagusss .. tetapi secara tak rasminya .. Yandy masih meneruskan tanggungjawapnya sebagai seorang salesman .. cuma aku dah tiada kuasa untuk buli dia ...
Ciss!!! sapa kata .. buli tetap buli oii ....
Amin, boss baru yandy .. selain yandy .. ada NIck , budak tawau ...
ada Angie, ada Deana ( bye bye na.. ) sapa gik oh ... sing hui juak kah?
crita pasal Nick, ari tu dia cuti panjang .. accident bawa motor. Mat Rempit e.t katakan. . Sekarang ni dia masih lagi injured jalan terhencut hencut. kesian juga tgk dia tak dapat jalan mcm biasa. Yang best ye, dia dah tak dapat jumping smash lagi...itu kata dia lah..juara badminton batu kitang...tak kesampaian niat dia nak lawan aku dgn yandy main badminton...
Fuh...yg best ye pasal dia ni...kalau pasal keja memang hard working la...cuma ada susah sikit, pasal dia dah tak de transport.....????
Angie .. ibu muda .. kalau cakap .. kena rapatkan telinga pasal suara nya kecik ja .. kalau berdebat dengan suara kecik pun tak nak ngaku kalah .. dia saja yang nak control .. kata yandy lah ...
.. miss Tag!!!! ari tok dah sent tag , belum????????????
Posted by crimson's at 9:34 AM 0 comments
taniah Biddy!!!
.. setelah bertahun mecuba tanpa hasil. akhirnya 10 bulan yang lalu setelah keringat di curah dan tulang empat kerat di kerah , dikasihani Tuhan maka dikurniakan Dia hadiah yang tak ternilai kepada mereka . Semenjak ari itu selama 9 bulan, benih yang ditanam kian membesar dan peluh dan kerut di dahi kian bertambah ...
.. akhirnya, insan yang sempurna sifatnya tanpa cacat cela telah di hadirkan di dunia untuk melihat kedua orang tuanya buat kali pertama ..
.. Biddy!!! taniah di atas kelahiran anak perempuan yang ke-2 .. terimaksih juga di atas undangan anda kerna mejamu kamu dengan makanan yang enak enak serta air sirap yang memeningkan .. maaf kerna , aku tidak tahu nama anak kamu itu ... Alicia? wild guess .....
Posted by crimson's at 9:30 AM 0 comments
Tuesday, May 12, 2009
Guardian Angel

"Guardian Angel".. A guardian angel is an angel assigned to protect and guide a particular person .. di translate jadi .. "malaikat pelindung" merupakan malaikat yang telah di tugaskan untuk melindungi serta membimbing seseorang yang telah di tentukan.
.. aku bukannya arif sangat kalau nak crita pasal angel ni.. tapi aku percaya setiap kita mempunyai angel tersendiri yang membantu serta melindungi kita waktu kita memerlukan... ianya hadir dalam berbagai bentuk .. teman, musuh, binatang, kawan ... kadang kadang kita tak sedar kehadiran mereka.. kadang kadang kita sengaja buat tak tau walau kita perasan .. aku percaya pada angel ..
pernahkah kamu rasa pada satu ketika kamu rasa kamu betul betul dah tak terdaya, tak termampu lagi .. pernahkah kamu rasa putus asa !! rasa seolah olah tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk membaiki keadaan?? .. aku pernah mengalaminya ...
Minggu lepas, aku di rundung malang .. kereta aku rosak, budget aku lari habis, banyak masalah yang membebankan diri.. terlampau banyak barang yang perlu aku fikirkan.. hingga aku tak lena tidur .. tak kenyang makan .. susahlah nak cakap ..
Tapi kelmarin.. aku rasa tenang dah .. ada makhluk Tuhan yng paling seksi telah membantu aku... dia memberi aku jalan kluar dari masalah aku .. problem aku hilang segera.. aku betul betul terhutang budi dengan dia .. kalu di izinkan .. aku mau peluk dia erat erat .. Terimakasih!!! Dia lah 'Guardian Angel' aku untuk hari tu ...
p/s - bukan mau angkat .. cuma mau share ngan korang, mungkin korang terjumpa ngan angel korang tapi terlupa nak cakap terimakasih ...
Posted by crimson's at 7:58 AM 0 comments
Monday, May 11, 2009
good luck

.. last friday, geng sorang ni dah tak ngan kami lagi dah .Letak jawatan. Katanya, offer gaji lebih besar, kerja lebih bagus .. masalahnya.. dia di tempatkan di hospital sentosa .. bukan ubat orang, bukan jaga orang ... masih lagi technician, jaga mesin jaga equipment.
Anyway, kami harap Jerome maju dalam kerjaya dan hidup .. majulah sukan untuk negara!!!
pa pa pun bro... programing kelak call ...
Posted by crimson's at 2:29 PM 0 comments
Labels: geng
happy mother's day

MyNiceSpace.com
... kepada Sing hui, Elizabeth, Jennifer, Nepik , angie ... tak lupa ngan yang bakal jadi ibu Siaw Ling .. yang mungkin jadi ibu satu masa kelak .. Liza, Deana, Ping Ching .. kepada bini aku, bini biddy, bini david, bini amin , bini bini boss ... kepada ibu ibu kami .. dan semua ibu tak kira ibu sapa ...
.. Selamat Hari Ibu ... engkaulah ratu hatiku ...
Posted by crimson's at 7:18 AM 0 comments
Labels: general
Wednesday, May 6, 2009
ringgit malaysia tiga puluh sahaja ...

ini cuma gambar hiasan aje .. jangan heran ...
Lepas kerja semalam, aku ngan few of the geng lepak kat belakang opis .. duduk sambil minum cola .. Panjang jugak crita kami .. aku, david, albert ngan charlie, kami berempatlah lepak kat situ .. sambil minum tu tengok jugak lah kat keliling.. kacau kacau jugak lah awek yang lalu lalang ... nasib tak bawa gitar ... kalau tak dah transform jadi kutu tembok..
nak dijadikan crita .. agak agak pukul 7 malam, sedang kami layan sendiri lalulah sorang awek tu ... cam biasa, albertlah tukang sweet weet nya ..
tanpa disangka, awek tu layan.. siol!! ... datang dekat gi kat kita orang ...
dengan selambanya,"mau service?" soalan yang kluar dari awek tersebut...
tercengang kami dibuatnya ..
aku automatik tanya,"berapa?".
Jawapnya,"30".
"fullkah?".. tanya aku balik. Yang lain diam diam ja nak tanya .. malu konon.. tapi mahu...
"Ya, full sevice".. jawapnya lagi ..
dalam ati," murah tu .. RM 30 full service ... "..
tetiba ja albert bersuara,"kat mana?"
"tu! sana!"sambil awek tu menunding ke arah budget hotel di depan kami ..
semua senyap seketika .. mungkin tengah berfikir kot ... aku berfikir jugak .. berbaloikah RM 30? .. emm .. murah tu memang murahlah .. tapi ..
"duduk sini', sambung Albert pulak sambil dia mencapai kotak kayu untuk dijadikan tempat duduk awek tu. Dengan jemputan it.. dia pun duduklah ... maka kami pun soal siasatlah dia ...
banyak cerita dia kluar .. pasal anak dia yang sorang tinggal ngan parents dia kat kuching. Pasal bekas suami dia yang datang dari Miri.. pasal kepala dia yang pernah di tetak oleh ex suami dia .. banyak lah crita sedih dia .. kita orang pun layan jer .. tanya jugak , kenapa dia tak cari kerja betul .. katanya, dia bekas kerani bank rakyat. lepas di tetak .. setahun sakit .. diberhentikan majikan.kalau aku nak crita kisah dia.. boleh buat novel 400 mukasurat .. jadi dipendekkan crita ..
dah abis modal borakan dia pun chow .. ternampak pulak dia duit 20 sen kat lantai tu .. damintanya, buat call orang nanti, katanya.
Kesian pulak aku.. abik aku seringgit dua dari poket .. bagi kat dia .. happy dia
"bolehlah aku makan nasi lepas ni", katanya dengan ceria .
.. aku tengok pun happylah .. masalahnya.. lepas dia blah, aku pulak yang di kutuk pasal bagi dia duit .. niat aku ikhlas.. tolong dia setakat aku terdaya.. kalau ada RM 30. aku bagi ja tanpa ambik service ..
Lainlah macam gambar hiasan di atas ... RM 300.00 pun tak payah nak pikir panjang .. kan kan kan?????
Posted by crimson's at 5:21 PM 0 comments
Labels: general
Tuesday, May 5, 2009
..akademi??... akademi apa?..
.. aku borak ngan geng geng kat atas, ngan Liza, angie, deana .. pasal Akedemi Fantasia .. korang pun pasti dah tau .. last week dua pompuan dari Sarawak terkluar .. geram aku .. aku ada AFUNDI Claudia .. sia sia ja kredit aku . Sekarang tinggal Hafiz sorang ja budak Sarawak. Kalau bukan orang Sarawak support Orang Sarawak sapa lagi yang nak support. Yang bestnya Hafiz memang ada chance jadi juara ... lagu minggu ini pun lagu favorite aku ... lagu laskar cinta-nidji and lagu I believe I can fly - R.kelly.
Apa? Korang tak caya?.. geng kita orang pun ada artis jugak oii .. nah gambar!
.. dorang ni lagi terrer .. juri cakap picing lari..tone kurang .. tak buka mulut .. dorang buat tak tau jer ... microphone pulak yang disalahkan ..
.. mentang mentang microphone ber'celotape' .. huh! alasan lebih ...
tapi tak pa .. janji happy .. tak kisah pun sampai speaker aku rosak!!
.. tak nak kalah jugak .. ok lah ... kurang kurangnya gaya ada .. yang lain lain tak kisah ...
Posted by crimson's at 2:10 PM 0 comments
Labels: general
Monday, May 4, 2009
.. trip ke MIRI ...
minggu lepas aku travelling ke Miri untuk settle Pos Office punya project. Reynold, technician, ada ikut aku. Pas tu 3 org KL ada sama pasal nak handover kat dorang ni la. Kita orang dah arrange transport ke sana, naik keta ja, unser, pasal ada tempat lain nak singgah. .. gambar patner aku merangkap technician merangkap driver merangkap pemandu pelancong .. banyaknya tittle tapi gaji camtu ja ... gambar di ambik kat airport miri ..
Kita orang start dari Kenyalang Park, Kuching pukul 11.30 lepas siap handover kat situ. Nak jalan punya time, masalah pulak tayar depan keta .. pancit !!! kenalah pergi tampung lu kat batu 7 . Sambil tu pergilah makan. Sempat jugak singgah kat kedai souvenir dan handicraft kat area tu. Adalah sikit barang dorang beli...
Perjalanan diteruskan hingga simpang Sri Aman. Singgah kejap buang air. Yang nak sembahyang tu, pergilah sembahyang..
.. gambar budak ni lagi .. tengah tunggu orang abis sembahyang tu .. takde tempat lain nak posing, kat tong sampah pun jadilah ...
Dah mula rasa penat tapi perjalanan kena di teruskan .. target sampai sibu pukul 8 pm . Alih Alih check in hotel pukul 10.00 pm. Perut lapar! pergilah kita orang makan kat kedai umbrella. Dah tu tido ahhhhh .. zzzzzzzzz
Esok hari, breakfast dan terus ke Pos Office Sibu. Jumpa Victor kat sana dengan Sub Con skali. Lama jugak nak settle benda kat situ. Abis ja terus pulak ke Julau. Nasib Julau kecik ja.. Tak lama dah siap. Turun balik Sibu kul 2 pm . Ronda dulu cari makan . Konon nak cari kedai mamak, satu pun tak nampak.. usahkan kedai .. mamak tu sendiri pun tak da!! Last Last makan kat open air...
Trip ke Miri start pukul 3.30 pm. Sepanjang jalan seronok ja orang KL tu tengok "rumah panjang.. uiii .. panjangnye.. iuhh cantik nye .. tapi tak nampak pun orang kat situ" komen diaorang ..
Apa lagi aku ngan reynold mula lah buka citer .. pasal adat rumah panjai .. yang menarik hati dorang mestilah pasal citer ngayap .. siap minta kita orang singgah lagi ... tapi sorry ahh .. pompuan sarawak untuk jejaka sarawak jer .. he he he..... fuhh dah sampai bintulu .. tapi perjalanan masih jauh .. singgah jap buang air kecil sambil hisap rokok ..
Pukul 9.30 pm sampai Batu Niah . Ada tempat persinggahan. Stoplah .. perut dah bekeroncong.. tempat ini agak menarik .. ada haiwan perliharaan ... yang pelik pulak tu ..... salah satu gambar yang di ambik kat Batu Niah .. Ular albino .. aku ngan reynold pun ambik kesempatan buat hajat .. hajat aku cuma slamat sampai slamat pulang .. tu jer .. adalah hajat lain ...shhhh
Sampai Miri pukul 11.30 .. pusing pusing pulak cari hotel .. nak hotel yang ada astro jugak .. maklumlah .. MU main malam tu .. finaly, check in kat Miri Hotel.
Rindu pulak rasanya ngan geng geng kat opis .. nasib bawa laptop .. layan feeling kejap .. ngan anak anak ngan bini .. Reynold cakap ja nak tengok bola. buat susah ja cari astro .. nah biji mata!!!! zzzzzzzz............
Pagi esok sebelum start keja, breafast lu. Pas tu check keta.. nampak pulak si kecil ni sangkut kat celah lampu besar keta .. entah cam mana pulak boleh lekat... ni ha gambar dia ...
... comel eh .....
abis keja ada masa gi bawa dorang ronda Miri sambil tunggu flight ... na ada lagi gambar kat Miri ..
.. dari kiri .. pompuan miri.. tuan Mazni .. hanafi .. Rani .. orang orang KL beli kek lapis ...
jalan jalan kat handicraft centre lah pulak .. gambir yang dicari !!!.. saja ja ambik gambar ni .. nak tengok seni ke tak aku ni ...
.. airport miri .. orang KL dah balik .. yahoooo ... free malam ni ..
.. aku ngan reynold dah siap buat plan .. enjoy malam tu .. ikut schedule nak start moving pukul 6.00 am esok nya .. direct !
.. malam lepak ngan joe and the gang .. minum sampai pagi .. skali sakla ada receive call dari geng kuching.. happy jugak dorang .. tido pukul 4 am .. haram dapat bangun pukul 6.00 am. akhirnya bergerak pukul 9.30 pagi ... reynold punya pasallah ...
.. lambat pun sempat singgah di Bintulu ...
.. the famous belacan Bintulu ... and cencalok ..... view dari market .. bintulu ...
sampai rumah .. malam dah ... letih letih pun sempat agi aku kacau orang .. rindu oii ngan bini ... 3 malam tahan ooo ... he he he ....
Posted by crimson's at 9:19 AM 0 comments
Labels: general
Monday, April 27, 2009
... orang bujang ..
kononnya, semua mengaku bujanglah bila ditanya pompuan .. hakikat cuma 2 orang ja orang bujang.. kat blakang tu .. jerome .. slalu control macho .. diam ja .. konon lagi .. yang tepi skali ah yung .. badan banyak kaler .. tatoo.. pas tu , david .. mat gin.. sama ngan aku .. sekepala .. bab gin aku tak lawan . bab lain aku juara .. tapi kalau main ps aku surrender awal awal .. sorang gi tu, mo .. paling muda lah antara kami .. slalu gak kena buli senior ni .. david lah yang slalu buli ..
tapi dia ok .. tak kisah pun .. ikhlas hati ja dia tolong . Gambar ni ambik masa kita orang main game kat sematan .. muka orang kalah ...
Posted by crimson's at 6:10 PM 0 comments
Friday, April 24, 2009
.. cakap cakap ...
Baru ja lepas meeting yang disertai oleh geng geng kami tanpa disertai oleh bos. Beberapa perkara telah dibincangkan didalam meeting tersebut. Issue yang dibangkitkan :-
1. farewell dinner.. di adakan pada 30 hb April, tempat belum di tetapkan. Kehadiran tidak wajib tapi amat dialu alukan. Dinner sempena pemergian Tony yang mencari hidup baru .Ingat aku masa dinner yang lepas, lepas makan kami pergi karaoke.. enjoy oii .. mungkin kali ini kami akan enjoy lagi ..
.. leng loi ... fuhh ... meleleh!!! bernanah!!! farewell shirley dinner ..
.. pass dinner pergi amoeba .. enjoy.. gambar pompuan tak leh tunjuk ... lain dah muka dorang ... nanti dorang malu pulak ..
2. Family Day … Lama dah geng geng kami tak sama sama pergi enjoy so buatlah cadangan untuk pergi happy mana mana .. ikutkan hati aku memang nak panjat Gunung Santubong. Ari tu dah panjat dah tapi setengah jalan ja .. semput oii .. tapi mengenangkan aling yang perut bunyut, terpaksa niat tu di batalkan .. so initially kami rancang pergi Kem Permai ja .. mungkin pada 9 hb Mei yang akan datang ni .. collectlah kami semua untuk beli ayam panggang ka, lamb chop kah .. pa pa ja lah .. nak happy kena kluar sikit duit ..
... jalan nak naik gunung santubong .. si brenda gago ngan high heelnya ...
3. Leave .. yang nilah issue utama kami. Majoriti kami tak puas hati dengan system leave yang ada sekarang. Macam pasar ikan ja dalam tu bila kami discuss benda ni, Banyak crita yang keluar.. sebelah kanan jual daging, sebelah kiri jual sayur .. selepas dianalisa, aku rasa lebih baik aku cakap kat management dulu tentang perkara ni.. kita kena dengar dari kedua belah pihak .. baru adilkan… tapi dari pendapat semua orang .. ada juga yang benarnya .. pa pa pun .. kita tengok ja lepas aku jumpa bos.
Meeting abis kol 5.45 pm.. pergi minum .. yeah…
Posted by crimson's at 10:53 AM 0 comments
Thursday, April 23, 2009
.. kesian na ..
.. sapa cakap cctv tak payah pasang kat dalam rumah .. lebih lebih lagi kalau anda mempunyai sorang amah. percayakah anda pada amah anda itu?.. apakah yang dilakukan dibalakang kita?.. apakah yang terjadi di kala kita tiada dan membiarkan anak kesayangan kita di jaga oleh orang lain. berbaloikah segala makan minum yang telah kita berikan kepada amah kita ?.. gaji yang telah kita beri adakah berpatutan ..
bayangkan.. jika ini berlaku kepada anak kita sendiri..????
Posted by crimson's at 12:25 PM 0 comments
Labels: general
Friday, April 17, 2009
.. my team ..
.. abey, tak payah aku nak puji rupa dia, korang boleh tengok sendiri kat gambar sebelah tu.. macam model pun ada, macam artis pun ada.. seperti mana geng pompuan kebanyakan, dia ni pun bising... kalau ketawa, jangan katakan satu ofis, mungkin satu town yang dengar.. aku suka rapat kat dia ni pasal dia ada bau harum, lebih lagi waktu pagi .. tapi dia ni ada masalah sikit, kuat bebenar dia ni makan.. kadang kadang lebih dari aku.. yang herannya, badan aku naik berlipat kali ganda, dia punya maintain ja...
.. ad, kalau kau tengok skali budak ni nampak ayu ja.. bila dah pandang 2-3 kali, fuyoo.. rockers!!! bila dah kenal rapat ngan dia.. rupa rupanya, emotional jugak paduhal .. budak ni degil, kadang kadang naik geram juga aku olehnya. Tapi yang bestnya, budak ni suka meluahkan apa yang dipendam.. pagi pagi datang ofis, konfirm aku nampaknya pasang makeup dulu.. pompuan, tak makeup nampak kurang pulak..
.. yan, aku boleh kata rapat ngan budak ni. slalu jugak lah enjoy sama sama. family aku pun dah kenal rapat ngan dia.. nasib dia ni jantan! .. macam mana aku nak komen budak ni?? .. pompuan ofis panggil dia ni playboy, mungkin sebab ramai kawan pompuan kot? ...MU punya fans konon, main bola pun tak reti.. ceh!
... dorang 3 ni lah yang paling rapat ngan aku mungkin kerna kami banyak luangkan masa sama sama.aku pun dah anggap dorang macam adik, itu pun sebab tak boleh nak anggap lebih dari tu.. nantilah cerita gik..
Posted by crimson's at 7:22 AM 3 comments
Labels: gang
Thursday, April 16, 2009
... ibu .. mummy ..mama... emak .. mamak ..
... dorang 2 ni yang incharge kat bawah (showroom). Beth senior kami orang, bukan senior maksud tua, senior sebab dia orang yang paling lama dalam geng kita orang. Kalau nak kluar barang mesti lepas kastam lu .. Bethlah pegawainya.. beth nampak ja garang.. tapi sebenarnya baik.. cuma kadang kadang strict, tulah pasal! aku pun kadang kadang menyorok bawah meja kalau nak cakap ngan dia, takut beb! tiger!!! terutama time aku buat salah ... lari cepat cepat ...... Jen, customer service punya orang.. biasalah, nak serve client tu kenalah senyum memanjang.. cakap pun kena lembut lembut.. tapi kalau dah penat layan senyum tu, kat kawan juga dia lepas geram.. steady jen! calit lok...
... yang bestnya tahun lepas, dorang 2 orang ni macam dah pakat ja buat anak selang 2 bulan. Lepas sorang abis maternity leave, sorang pulak..
... tu yang kat gambar tu .. anak dorang macam tak jauh beza ja kan?..
.. kalau korang dua baca ni kelak.. warning aku awal awal .. takut diterkam dek harimau lapar...
Posted by crimson's at 2:35 PM 0 comments
Labels: gang


